Sunday, August 23, 2009

Tipah Tertipu Lagi ( Versi Minah Kiwi)

Salam Uollss..

Selamat bersahur la buat Uollss....Minah Kiwi tulis entry nie pun time sahur giteww..so kena la ucap Selamat Sahur.. kan Uolsss..Sihat ke hari nie..camna ngan puasa uollsss..dah ada terponteng puasa iteww ke..or tercuti puasa kaedahnya???



Oppss...saya terponteng puasa hari nie !!!

Anyway.. Minah Kiwi nak share ngan uollss satu pengalaman manis Minah Kiwi berpuasa di new zealand.. waktu Minah Kiwi student di sana.. pengalaman Minah Kiwi yang tak dapat lupakan

Waktu tue Bulan Puasa tahun 2005... time tue waktu exam ... so Minah Kiwi memang kelam kabot ala2 Mr Bean nak mengulang kaji pelajaran..maklong la esok nak exam


Minah Kiwi sedang mengulang kaji pelajaran sambil bertapa

So malam sebelum exam iteww.. adalah malam ke 28 ramadhan.. so Minah Kiwi budget lagi 2 hari akan Raya Puasa.. so Minah Kiwi study la sampai tak ingat dunia.


Ketika menjawab soalan exam..di pagi 29 ramadhan 2005

So pada pagi exam iteww bersamaan 29 Ramadhan .. Minah Kiwi pun menduduki exam tersebut..


Ada orang tiru Minah Kiwi waktu exam!!!

Tengah exam itewww..ada plak budak sebelah tiru Minah Kiwi.. memang frust menonggeng Minah Kiwi kena tiru uollsss

Apa !!! Ada orang tiru Minah Kiwi????

Pas abis jer exam.. terus Minah Kiwi penat..harus la..satu malam Minah Kiwi study Uollsss


Penat uollss...pas abis jawab exam !!!

Selepas abis jer exam itewww... Minah Kiwi yang kepenatan iteww terus keluar dari Dewan Kuliah...lantas kawan2 satu kelas Minah Kiwi serbu dekat Minah Kiwi..and diaorng cakap

Selamat Hari Raya Minah Kiwi !!!!


Apa?? Hari Raya ke hari nie???


Apa !!!!!!! Minah Kiwi terkezut uollss... mana taknya.. hari tue baru 29 Ramadhan.. Minah Kiwi budget esok baru Raya...tapi Raya Puasa jatuh pada hari Minah Kiwi exam..

Yang paling malu.. orang lain semua beraya pada hari iteww... Minah Kiwi berpuasa plak pada hari iteww... Malu uolllsss...

Itulah kenangan paling manis bulan ramadhan.. Minah Kiwi berpuasa pada Hari Raya Puasa..!!



Wednesday, August 12, 2009

Kenangan Sebelum Bulan Puasa

Salam Uollsss

Minah Kiwi kembali lagi ... kembali dengan pelbagai cerita untuk disharekan dengan uollss....Kaedahnya Minah Kiwi nak bercerita tentang kenangan sebelum berpuasa dengan kawan2 Minah Kiwi dulu2 kala.. kira tahun 60 th giteww.

Tapi sebelum iteww...Minah Kiwi ada terbaca tentang pramugari sebuah penerbangan namanya Qantas ..Apa yang terjadi..??? Hah.. Uollss nak tahu...pramugari iteww terjatuh ketika nak keluar dari pesawat iteww...beliau tergelincir ..sebab permukaan dekat luar agak licin..maklum la..dekat new zealand sekarang nie musim sejuk..permukaan jalan iteeww pun jadi 'frost' dan licin.


Pramugari Qantas yang dikatakan iteww

Dan pramugari iteww pun menyaman Company (Qantas) tersebut kerana beliau terjatuh..pramugari iteww memang tak patut.. dah tahu jalan iteww licin ...buat apa pakai kasut tinggi.. pakai la kasut orang penoreh getah..kan tahan lasak giteww


Kasut getah untuk pramugari Qantas


Kan baru selamat dan tidak jatuh akibat permukaan licin jika pramugari-pramugari iteww memakai kasut seperti di atas ini. Harus lepas ini Minah Kiwi di banned dari menaiki pesawat Qantas kerana memberi cadangan kasut getah kepada pramugari iteww...


Ok.. dah tersesat jauh lagi kita.. Minah Kiwi ingin berkongsi pengalaman sebelum berpuasa Minah Kiwi dengan kengkawan Minah Kiwi.. jom kita selami perasaan hiba Minah Kiwi

Pertama


Ini pengalaman Minah Kiwi bersama kawan rapat giteww.. waktu kecik2 .. waktu tue darjah Dua Meranti.. Minah Kiwi dan si Jenon .. suka ponteng sekolah.. weollsss suka pergi mandi kat sungai...kat kampung sebelah katanyer

Minah Kiwi dan Jenon..ponteng kelas cikgu Rafedah

Kedua

Yang kedua..harus la menatang kesayangan Minah Kiwi..si Comel.. kucing Minah Kiwi nie selalu lepak bawah kereta Pak Ad Cempaka. Minah Kiwi tahu jer port dia kalau nak cari beliau waktu makan..bila masuk waktu berbuka puasa jer..si comel nie pun sibuk ke dapur...nak bukak puasa sekali katanyer



Ketiga

Ini adalah kawan rapat Minah Kiwi waktu darjah 6 giteww... hobi beliau suka main ski. Setiap hari pas abis sekolah mesti dia akan main ski.. dah buang tebiat la tue. Nama beliau Suzuki kaedahnya



Keempat

Ini adalah Boyak.. dia nie suka sangat tiru artis 2 ternama giteww... yang ditirunya bukan artis tempatan.. tapi Uollss..nak tahu ..dia nak tiru artis luar bangsa kaedahnya...

Katanyer baru baru nie si Boyak nak tiru artis terkenal si Jessica Simpson. Minah Kiwi harap si Boyak berjaya dalam career beliau




Kelima

Ini yang terakhir.. juga kawan Minah Kiwi waktu student kat university dulu2 kala giteww.. Nama dia Johan Kaya. dia nie suka sangat bersukan..

Masih segar lagi dalam ingatan Minah Kiwi waktu beliau main ragbi.. perlawan dengan university kampung sebelah... terkoyak seluar beliau...siap berbunyi .. 'prakkkkkk' harus la semua orang yang hadir tengok kejadian iteww..




Waktu student dulu.. Minah Kiwi dan Johan Kaya serta beberapa kawan lagi ke University naik keretapi giteww... maklum la..rumah sewa Minah Kiwi jauh dari University.. setiap hari bersesak-sesak weollss kami naik keretapi iteww

Ketika berasak-asak naik keretapi


Macam tue la kaedahnya.. Minah Kiwi asyik kena tolak dan himpit dek ketiak2 yang harum macam belacan giteww...

Kadang-kadang bila waktu puncak or waktu orang balik kerja...keretapi iteww jadi terlalu sesak.. sehinggakan Minah Kiwi lemas didalam keretapi iteww


Kenangan menaiki keretapi ke kelas

Ini jer yang Minah Kiwi mampu bayangkan pada Uollss

Macam tue la Uollss.. kenangan Minah Kiwi bersama-sama kawan2 rapat Minah Kiwi serta haiwan kesayangan Minah Kiwi.. yang Minah Kiwi tak dapat dilupakan sehingga ke hari ini ....

Itulah kenangan sebelum puasa Minah Kiwi dengan Kawan Minah Kiwi

Selamat Berpuasa dari Minah Kiwi





Tuesday, August 4, 2009

Minah Kiwi Kena Saman


Salam Uollsss

Lama bebenor Minah Kiwi tak update blog nie...mesti ramai yang sentap giteww. Psssttt Uollss..dah tempah baju raya ke blom nie?? Tak lama lagi nak puasa dah..nanti lambat plak siap baju2 iteww..

Anyway.. update terbaru tentang Minah Kiwi --- Minah Kiwi Kena Saman. Wah mesti uollsss...terfikir-fikir kenapa la Minah Kiwi kena saman giteww


Kaedahnya...Semalam Minah Kiwi berbasikal ke kampung sebelah ..nak bersiar-siar katanyer. Dekat kampung sebelah iteww... ada seorang nenek yang Minah Kiwi kenal.. dan kebetulan pada hari yang sama nenek iteww pun berbasikal keliling kampung mencari teruna pujaan hati.,...


Nenek yang dikatakan iteww dengan basikalnya..

Ketika iteeww...Minah Kiwi juga berbasikal keliling kampung bersama nenek tua iteww untuk memcuci mata kaedahnya..dan tetiba ada seorang jejaka melintas di hadapan Minah Kiwi berbasikal ala-ala LeTour de Langkawi gitewww. Wah macho sungguh jejaka iteww.... sambil jejaka iteww melemparkan senyuman kepada Minah Kiwi

I'm Yours - Jason Mraz

Dan Minah Kiwi tersilap membelok kan basikal Minah Kiwi iteww kerana melihat jejaka menawan iteww....lantas

Minah Kiwi terlangggar Nenek tua itewww....dan Nenek tua iteww pun terus jatuh bergolek-golek. Agak remuk jugak basikal Nenek tua iteww dilanggar oleh Minah Kiwi



Basikal Nenek tua yang dilanggar oleh Minah Kiwi

Dan dibawah ini adalah gambar Nenek tua iteewww sebelum kejadian perlanggaran oleh Minah Kiwi

Uolsss..nak curut sebatang ke???

Tapi sekarang Nenek tua iteww terlantar di katil hospital kerana dilanggar oleh Minah Kiwi.. Dua hari lepas iteww...Nenek tua iteww menghantar surat saman kepada Minah Kiwi...

Yang peliknya..sampai hari nie Minah Kiwi tak faham apa yang Nenek tua iteww tulis dalam surat saman iteww

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dear Minah Kiwi

Las clásicas opciones éticas y morales de todo buen juego del estudio canadiense están ahí, y seremos nosotros los únicos responsables del devenir de un mundo donde nosotros somos el que escribe la historia en todo momento.
Tython será el lugar donde comiencen su aventura los Jedi, mientras que Korriban será donde lo hagan los Sith; en ambos casos supondrán un entrenamiento para el verdadero potencial del videojuego. Los sucesos de cada uno de los bandos coincidirán en puntos concretos para crear un sentido de la unidad y del grupo, pero en esencia serán muy distintos.

Por otra parte cuando estemos en grupo con nuestros compañeros será cuando acometamos las misiones más importantes del arco argumental principal, y será el modo en que la historia progresará a pesar de que la veamos desde enfoques muy diferentes.


De hecho todo lo que hagamos con nuestro personaje a nivel “ético” tendrá repercusión física en nuestro personaje. También influirá notablemente nuestra progresión en términos de experiencia, y es que según vayamos desbloqueando nuevos elementos y pertrechos nuestro aspecto será, por ejemplo, más moderno o avanzado tecnológicamente.

The Old Republic esconde todavía innumerables misterios, y es que el trabajo de BioWare está desarrollándose, de momento, en el más absoluto de los secretos. Si eres amante de los MMO de altura, y eres fan del universo Star Wars no puedes perdértelo


Sekian

Terima Kasih

Nenek Tua

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surat saman yang dihantar oleh Nenek Tua iteww

Sehingga hari ini Minah Kiwi masih terpinga-pinga apa yang ditulis oleh Nenek tua iteww...dan perasaan bersalah membuak-buak di dalam hati Minah Kiwi..kerana Melanggar Nenek Tua iteww

Apalah Nasib Minah Kiwi nie

Selamat Hari Rabu