Monday, June 29, 2009

Minah Kiwi Masih Di Sini

Salam Uollsss

Sihat ke semua-semua tue...harap2 sihat jer la. Kalau tak sihat jumpa la doctor ke bomoh ke , tok pawang ke.. apa2 yang patut uollsss semua jumpa.

Hari nie sentap jugak Minah Kiwi.. mana taknya supervisor Minah Kiwi yang macam singa betina iteww telah tertumpahkan air ke muka Minah Kiwi... dia kata 'opppssss i am so sorry !!! I did not see you !!!'

Ada ke patut dia tumpahkan air ke muka Minah Kiwi


Air kopi warna pink dicurahkan ke muka Minah Kiwi

What on earth she said that??? Tak masuk akal langsung yang Minah Kiwi nie tercangak depan dia...x kan dia tak perasan badan Minah Kiwi yang besor macam lipas nie pun dia kata dia tak nampak Minah Kiwi depan dia..


Minah Kiwi terus sentap OK !!!

Lantas Minah Kiwi bengang sejurus lepas iteww... rasa macam nak sembelih jer sorang2 kat dalam iteww..... Bengangnya Minah Kiwi sampai nak koyak baju katanyer!!!


Geramnya Minah Kiwi sampai nak koyak baju iteww

Anyway untuk supervisor Minah Kiwi yang kejam iteww macam singa betina bunting 3 bulan.. Minah Kiwi sikit pun tak takut sama u... OK !!! Minah Kiwi masih di sini (tetiba background lagu Niskala - Aku Masih Di Sini berkemundang di telinga Minah Kiwi) dan tak akan berganjak walaupunn 1 centimeter dari supervisor Minah Kiwi yang kejam iteww!!!

Berfikir sejenak..nak makan apa la malam ini???

Takpe la.. itu lah lumrah hidup kan bedah..betul tak Datin Paduka Bok Bong. Kerja apa pun mesti ada susah senang nyer..kan??? Redha jer lah semua dugaan hidup ini. Ok la uollsss yang Minah Kiwi rindukan.. rindu sangat ke??? Opppss...terlepas cakap la plak.. Minah Kiwi nak berambos untuk ke tempat kerja giteww....

Take care yer Uollsss

Selamat Hari Selasa




Thursday, June 25, 2009

Apa Khabar Junior Minah Kiwi Di Situ

Salam Uollsss

Hari ini Minah Kiwi bersiaran dari Puncak Kasih giteww... dan hari nie jugak Minah Kiwi menyibokkan diri untuk menghupdate aktiviti-aktiviti junior Minah Kiwi katanyer!!.. Kaedahnya dahulu Minah Kiwi mempunyai ramai junior2 sewaktu belajar di NZ dahulu kala.Wah theyolss bukan main sakan yer..macam2 aktiviti yang theyollss buat tahun ini katanyer!!

Dari sumber yang tidak boleh dipercayai.. theyollss iteww...junior2 Minah Kiwi nak buat aktiviti sukaneka di Palmerston North kaedahnya atau lebih famous di buat di Massey University giteww!!! Sentap Minah Kiwi tau Uollsss kerana theyollss tak jemput Minah Kiwi ke sukaneka itewww. Theyollss dah lupakan Minah Kiwi la kaedahnya...

Tapi ..sewaktu Minah Kiwi di zaman student2 giteww... Minah Kiwi ada mengidam dengan seorang jejaka mat soleh katanyer...kacaknya mengalahkan Tom Kurus gitewww!!!

Sebab Minah Kiwi mengidamkan jejaka iteww....kerana pada satu hari tue.. sedang leka Minah Kiwi berjalan ke Kuliah dari rumah Minah Kiwi yang macam sarang tikus iteww... Minah Kiwi tersepak batu uollsss... harus la Minah Kiwi terjatuh di tepi jalan raya iteww!!! Minah Kiwi pun terjatuh dengan ala-ala manja giteww... nak control ayu katanyer.

Minah Kiwi jatuh tergolek-golek giteww!!

Harus la..mat soleh yang sedang berjalan di situ melihat Minah Kiwi yang terjatuh ditepi jalan raya iteww...Minah Kiwi malu tersepu sepu bahasa urganda kaedahnya!! Dan sejurus iteww ada seorang jejaka mat soleh nampak Minah Kiwi terjatuh...dan terus menyelamatkan Minah Kiwi dari terus dilenyek oleh lori najis uollsss!!!.. nasib menyebelahi Minah Kiwi..kalau tidak kena samak la lepas itew!!

So.. jejaka inilah Superhero Minah Kiwi


Saya datang nak menyelamatkan nyawa Minah Kiwi

Sehingga ke saat dan detik ini.. Minah Kiwi masih teringatkan jejaka iteww... banyak sungguh jasa beliau yer kepada Minah Kiwi kaedahnya.

Minah Kiwi ada tampal gambar jejaka yang telah menyelamatkan nyawa-nyawa ikan Minah Kiwi iteww... so..tataplah uollsss...

Satu dunia memandang diriku ini..hebatnya diriku ini!!

Owh..tersesat jauh plak kita yer.. Minah Kiwi lupa nak mengupdatekan aktiviti2 junior Minah Kiwi di NZ iteww...

Khabarnya ....theyollss iteww akan membuat rombongan satu bas tadika ke Palmerston North untuk Bersatu Games.. wah bilakah sukaneka iteww akan diadakan yer??? Kalau tak silap Minah Kiwi .. sukaneka itew akan diadakan pada hujung bulan June kaedahnya!!


Acara lari dalam kereta sorong


Sejarah Bersatu Games iteww adalah dimulakan di Wellington..New Zealand. Dan orang pertama yang memulakan Bersatu Games iteww adalah penyanyi Dr Fadzley Yakob (femes dengan lagu Asmara Ini) .....beliau adalah senior Minah Kiwi di university Minah Kiwi belajor dulu ..

Macam2 games diadakan ...ntah la Minah Kiwi pun tak ingat.. al maklum la.. Minah Kiwi kan busy body orangnya....

Selain iteww... junior2 Minah Kiwi iteww juga telah mendesign WMSO t-shirt katanyer!! wah theyolsss tak inform Minah Kiwi pun theyollss ada t-shirt baru giteww....harus sentap Minah Kiwi giteww!!!!

Ini la design terbaru baju terbaru junior2 Minah Kiwi

warna oren plak pilihan tahun ini

Cantik jugak yer t-shirt terbaru bebudak junior Minah Kiwi ini ... pandai theyolss design t-shirt iteww.. alangkah bagusnya Minah Kiwi berada di sana...boleh la Minah Kiwi mencuba t-shirt iteww!!!

Minah Kiwi juga ada video untuk tatapan uollsss.. video Bersatu Games giteww...Minah Kiwi sedut dari Youtube katanyer..



Tengok la sampai puass uollsss

Minah Kiwi nak beradu dahulu la uollss..dah mengantuk sangat nie.. sentap plak tue junior2 Minah Kiwi tak ajak Minah Kiwi join sukaneka iteww pun..

Selamat Malam Uollss




Tuesday, June 23, 2009

Minah Kiwi di Tagged oleh Awrapurnama

Salam uollss

Hari nie Minah Kiwi ditagged oleh kawan baik Minah Kiwi..kata beliau..Minah Kiwi@ Mas Ayu adalah dalam top 10 list yang dia nak tagged. So Minah Kiwi akan jawab tagged beliau...Terima Kasih Awrapurnama kerana tagged Minah Kiwi yer kaedahnya!!

1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak ape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye gitu..


2. Kemudian Minah Kiwi perlu memilih 10 orang sahabat Minah Kiwi dan suruh mereka membuat perkara yang sama.


Antara yang Minah Kiwi pilih adalah

1. Peera
2. The Four Horsemen
3. Jojie
4. Munger
5. Tuediak
6. Rudz
7. Lengang Kangkung
8. Chinta
9. Kiji
10. Poi


Alhamdulillah. Selamat dibereskan. Marilah bersama-sama menuju ke arah mesej yang gambar di atas sampaikan. InshaAllah. Semoga berjaya! Very simple!

Kau Kata Keju.. Minah Kiwi Kata Belacan

Salam Uollsss...

Buat apa tue Uollss??? Mesti tengah makan malam disamping kekanda tersayang giteww. Uollss mesti masak sedap2 giteww untuk mencurik hati kekanda tersayang katanyer!! Cakap pasal makan..teringat plak kat belacan... mesti ada yang tak suka makan belacan la, tak tahan bau belacan la, apa kelas makan belacan kata thyeollss iteww!!!



Hakikatnya bila uollss semua makan diluar mahupun di kedai mamak.. mesti kedai2 iteww menyediakan belacan sebagai bahan asas untuk masakan iteww.. kalau tak percaya tanya pak cik dekat bawah ini ...

Macam tue la anak oii..semua masakan pak cik campak belacan jer..!!

Tapi ada plak beberapa kelompok manusia (melayu) yang lebih menyukai keju..ataupun kata mat soleh .. cheese giteww!!! Wah theyollss kata apa kelas makan belacan.. makan cheese lagi standard kaedahnya..!!! Macam orang putih makan cheesee...

Mesti uollsss terkejut giteww..


Uikkkk...pandainya theyollss makan cheese!!

Bagi Minah Kiwi.. Minah Kiwi asal dari tanah melayu.. maka Belacan la pilihan Minah Kiwi.... kata theyollss.. cheese lebih berkhasiat dan mengikuti citarasa budaya barat giteww. Betul ke apa yang theyolls katakan iteww??? Bagi Minah Kiwi.. asal usul Minah Kiwi.. kalau dah belacan tue.. belacan jer la)


Belacan

VS


Cheese

Tapi benar juga kata-kata Minah Kiwi iteww...kerana setiap kali Minah Kiwi makan chesee.. Minah Kiwi akan ke bilik air untuk *******. Uollsss mesti faham maksud Minah Kiwi iteww. Betullah peribahasa Melayu mengatakan.. Kalau tak kemana kuah nak tumpah..tak lain tak bukan ..ke belacan la akhirnya kan uollsss!!!

So...kepada uollss kat luar tue.. x perlu la mengidam untuk makan cheese.... akibatnya uollss akan merana macam Minah Kiwi ini katanyer!!

Tak cukup mangkuk tandas pas makan cheese !!

Fikir-fikirkan lah uolsss semua

Selamat Makan Malam



Monday, June 22, 2009

Jamie Oliver....Inspirasi Minah Kiwi

Salam uollss

Sihat ke malam yang sayu ini??? Wah kepada uollss yang dah mencuba Origami Katak dan berjaya mengikuti Kelas Origami Katak kelolaan Minah Kiwi... di sini Minah Kiwi ingin mengucapkan syabas dan diharapkan uollss kat sana mencuba lagi origami yang bakal Minah Kiwi kelolakan giteww!!!

Hari nie Minah Kiwi ingin berkongsi dengan uollsss buku pebret Minah Kiwi.... selalu juga Minah Kiwi membaca buku iteww di masa kelapangan Minah Kiwi..


Dengan Rasminya Minah Kiwi Perkenalkan Kepada Uollsss !!!!

Jamie's Ministry of Food



Bolehkah semua orang belajar memasak maggi kari dalam 24 jam???

Buku ini agak bagus kerana Encik Jamie mengetengahkan kaedah memasak kepada sesiapa yang tak tahu memasak atau lebih mudah Minah Kiwi cakap... yang MALAS memasak kaedahnya!!! .. Jangan marah yer Bedah...Minah Kiwi tahu u tue malas memasak giteww..hari hari makan kedai mamak katanyer!!


Kata Jamie Oliver yang cute miut iteww.... buku ini bagus untuk theyollss yang suka sangat makan junk food or fast food giteww... so Bedah u ubah la sikap and tabiat u yang suka makan makanan segera giteww... Benar jugak kata Jamie Oliver yang cute itewww kan uollsss.





Ohh Bulan...Enggan Melayan Diriku Lagi.. (lagu Yuna)!!

Jamie sekarang nie mengajar pembaca untuk melawan obesiti mahupun penyakit berbahaya akibat makan makanan ringan ataupun cakap minah soleh .. junkfood giteww!!!

Kalau la Minah Kiwi dapat berkahwin dengan si Jamie Oliver.. wah bahagia gitewww...tau uollss!! Terbayang Minah Kiwi macam dalam gambar di bawah ini..



Alangkah bagusnya bride itu digantikan dengan itu Minah Kiwi...

Tapi sayangnya... semua itu mimpi belaka uollss.. sentap Minah Kiwi tawww!!! terasa seperti diri Minah Kiwi di panah petir jer bila Jamie Oliver yang kiut itew berkahwin dengan orang lain..katanyer!!

Diri ini bagaikan dipanah petir bila Jamie Oliver dilarikan oleh orang lain !!!

Anyway... biarlah uollss.. si Jamie Oliver dah diambil orang.... tak der jodoh kata orang-orang tua giteww..harus Minah Kiwi mandi di Tasik Dayang Bunting bila menjejakkan kaki di tanah air nanti uollsss!!!

Kepada sesiapa yang teringin memiliki buku Jamie Oliver dengan harga murah...boleh inform dengan Minah Kiwi giteww !!. coze.. Minah Kiwi akan bid buku iteww dengan harga murah di Amazon mahupun Ebay katanyer..so Bedah.. cepat email Minah Kiwi sekarang juga yer!! Kelas uollss


Selamat Malam Uollsss


Saturday, June 20, 2009

Sambungan Kelas Origami Katak

Salam uollss..

Mesti ramai yang sentap dengan Minah Kiwi ...mana taknya.. Minah Kiwi tak sempat habiskan Kelas Origami Katak yang Minah Kiwi janjikan itewwww....

Untuk Datin Bok Bong...u jangan sentap ngan I tawww... kaedahnya Minah Kiwi dah memulakan semula Kelas Origami Katak yang tertangguh selama beberapa hari. You jangan x tahu Datin Bok Bong.. Minah Kiwi kan busy orangnya ..

Psssttt Datin Bok Bong..I nak habaq nie.. semalam kan waktu Minah Kiwi berjalan ke tempat kerja ala-ala cat walk gitewww...


Terasa diri Minah Kiwi seperti Julia Roberts la plak!!!

Tetiba kan Datin Bok Bong.. ada kawan Minah Kiwi datang beramai-ramai atau lebih mudah berkelompok gitewww... bertanyakan sesuatu kepada Minah Kiwi tawww!!!


Ketepi semua.. kami nak jumpa Datin Minah Kiwi!!!

Si Celine Durian dan Pamela Anderson bertanya kepada Minah Kiwi....macam nie la bunyi dia Datin Bok Bong.,.. 'eh kat mana you beli Beg Tangan Gucci itewwww. ??? Wah uollsss..,diaorang berlari ke Minah Kiwi semata-mata nak bertanyakan dekat mana Minah Kiwi beg tangan Gucci iteww !!!!



Beg Tangan Gucci yang dikatakan iteww!!!

Minah Kiwi jawab jer kat theyollss.. ala Minah Kiwi beli kat Pasar Malam Senawang jer.... selonggok 3 ringgit jer.. pastu theyollss tue terus ke Pasar Malam Senawang nak beli Beg Gucci yang Minah Kiwi beli kaedahnya!!

Wahhh..kita dah tersesat jauh jer.. tadi Minah Kiwi nak sambung Kelas Origami Katak ..tapi dah tersasul ke Beg Tangan Gucci gitewww... jangan mara yer uollsss !!!!

Tanpa berlengahkan masa uollss iteww...marilah kita belajar buat Origami Katak yer.. mula2..sediakan bahan2 yang diperlukan kaedahnya.

BAHAN-BAHAN

1. Sekeping Kertas
2. Gunting
3. Marker Pen ataupun Crayon

CARA-CARA


Langkah 1:Mulakan dengan membuat kertas berbentuk segi empat yer.. bukan segi tiga mahupun bersegi - segi tawww!!! Nak membuat empat segi..sila lipat macam yang ditunjukkan di dalam gambar disebelah yer..!!!



Langkah 2 : Untuk menghabiskan membuat segiempat..uolsss kena kerat segiempat yang kecik tue..nampak tak uolsss ??? Dia akan otomatik jadi segiempat sama saiz yer kaedahnya !!!! Sila rujuk gambar disebelah yer..




Langkah 3: Pas uollsss kerat keratan kecik itewww....buka semula segi empat tadi.. pastu uollsss lipatkan sama tengah macam gambar disebelah yer.. pastu..ada 4 sudut kan uollss???




Langkah 4: Lipat bucu-bucu 4 sudut itewww ke tengah-tengah yer uolllss !!! macam kat gambar sebelah ini...





Langkah 5: Pas uollsss lipat keempat-empat bucu itewww... uollss lipat dua bucu dari kanan dan kiri yer.. bucu atas dan bawah...uollss jangan lipat.. kalau uollsss lipat..sentap Minah Kiwi tawww !!!





Langkah 6: Uollss sila lipat bucu dari bawah ke atas yer.. buat sekarang macam lam gambar sebelah iteww !!






Langkah 7: Pastu uolllsss.... lipat kedua-dua belah bucu (kanan dan kiri) ke tengah-tengah sudut bawah iteww...sila perhatikan gambar disebelah yer uollsss...jangan silap lipat plak !!



Langkah 8: Lipat bahagian bawah ke atas tau uolsss (sepanjang garisan dot dot dot iteww)) .. lipat jangan x lipat yer !!!




Langkah 9: Lipat separuh bawah ke arah anda yer..yer ke arah anda.. seolah-olah uolsss tarik dia ke arah uollsss gitewww!!! Ini otomatik akan membuat kaki katak yer ...kaedahnya.


Langkah Terakhir: Untuk membuat mata katak itewww... uollss lipat la sedikit bahagian kat atas tue...kearah bawah gitewww..!!! Pastu uollss lukis la mata katak dan akhirnya,...Origami Katak uolsss dah siap.

Untuk membolehkan Katak kesayangan uollsss boleh melompat.. uollss kena tekan
kat tanda 'X' dan.. mesti katak iteww akan meloncat dan berterbangan di awangan
biru. Kelass uollsss



Ini la Gambar Origami Katak yang bakal uollss buat nanti !!!


Pastikan hasil origami uollss seperti gambar diatas yer!!!

Syabas buat uollss dari Minah Kiwi yang berjaya membuat Origami Katak ...bukan senang Minah Kiwi nak bukak kelas origami ini...uollss penat tauu!!! berpeluh kaki Minah Kiwi..nak ajar uollss buat Origami Katak itewww... katanyer!

TAHNIAH UOLLSS



Tahniah kerana uollss berjaya menamatkan kelas origami katak ini!!!

Selamat Berhari Minggu






Monday, June 15, 2009

Mari Belajar Buat Origami


Salam Uollsss..sihat ke tue??

Ramai yang tanya kemana Minah Kiwi menghilang selama ini ..wah ada peminat ke Minah Kiwi ini??? Perasan agaknya Minah Kiwi nie....

Anyway..uolsss asyik dengar cerita2 Minah Kiwi..mesti uollss sentap kan dengan Minah Kiwi?? Apa kata Minah Kiwi bukak kelas la plak...uikk kelas..kelas apa tue?? Kelas Memasak ke??? Kalau Kelas Memasak..Mas Ayu dah take over..so Sentap la Minah Kiwi nak bukak Kelas Memasak katanyer....

Siapa Mas Ayu itewww.. Kenal ke Minah Kiwi dengan beliau??

Tapi uollss jangan gundah gelana..kerana Minah Kiwi berjaya buka Kelas Origami.. sebut betul2 yer..Origami...


Hasil origami pertama Minah Kiwi..cantik kan..??


Bukan POLIGAMY yer.. amboi..abang2 kat luar tue..sebut poligamy bukan main dia yer..gelak sakan yer kalau sebut poligamy..nak tambah koleksi katanyerr...!!!!

Lawa gigi abang... dah lama x gosok ke??

Minah Kiwi kalau dapat suami yang suka tambah koleksi nie..Minah Kiwi sentap tau.. x suka Minah..kecik hati Minah Kiwi ini kaedahnya......


Sentap Minah Kiwi tau..kalau Minah dimadukan !!!!


Ok la..uollss mesti dah bosan tunggu lama-lama..dan tertanya-tanya bila la kelas Origami ini nak dimulakan gitewww....maka dengan bangganya Minah Kiwi akan memulakan Kelas Origami ini yerr...

Sekarang uollsss pergi dapatkan kertas dan pensil untuk menulis cara-cara mahupun kaedah untuk membuat Origami ini kaedahnya!!!.. Apa lagi tue..cepat la pergi dapatkan Pen dan Kertas... penat tau Minah Kiwi membebel..uollsss buat derk jer .. Sentap karang..baru uollsss tahu..

Dah dapat pen dan kertas ke?? Ok.. Hari nie Kelas Origami kelolaan Minah Kiwi..akan belajar membuat Katak!!! Yaappp Katak ...kenapa?? uollss geli ke dengan Katak??? Kalau geli.. duduk tepi2 yer..

Mari la kita mulakan langkah pertama...


Erkkk dah kul 12 malam la.. Minah Kiwi nak tidor dulu la yer.. esok2 Minah Kiwi sambong step2 camna nak buat Origami Katak itewww..

Sabar yer uollsss..jangan gelabah ok!! Sabar iteww separuh dari Iman yerr!!


Good Nite Uollss