Monday, October 5, 2009

Riang Ria Berhari Raya Minah Kiwi Tahun Nie

Salam Semua

Mesti ramai yang puas beraya sakan tahun nie..maklong la banyak rumah sahabat handal serta kenalan yang uollss pergi berziarah..betul tak giteww. Minah Kiwi di sini sama la juga beraya macam uollss cuma tak semeriah macam uollss

Raya Pertama

Kali nie Minah Kiwi nak update cerita Minah Kiwi beraya di perantauan. Ok la.. jom kita tengok apa yang Minah Kiwi buat pada hari raya pertama dan raya ke dua kaedahnya.. So lepas jer kul 4 pm hari raya pertama.. hari Ahad.. Minah Kiwi dah kawan2 ( 3 orang semua sekali) .. pergi makan dekat restoran terdekat,..nak celebrate raya la katakan.. wah macam nak celebrate birthday party giteww

Apa agaknya juadah hari raya Minah Kiwi
yer??




Menu raya pertama - Chips dengan mushroom with olive oil serta roti perancis

Ini la mushroom with olive oil..sedap sangat


Chips satu pinggan.. just 1.50 pound


Tahun nie Minah Kiwi tak masak untuk raya..tak macam tahun2 lepas kat NZ..maklong la.. Minah Kiwi busy ngan kerja tahun nie..and tak ramai kenalan kat tempat Minah Kiwi duduk sekarang (sambil ambil tisu lap hingus)

Tempat Minah Kiwi makan plak..kat sini la.. nama dia Wooton.. kat area Isle of Wight. Minah Kiwi sempat tempek papan tanda dia kaedahnya


Wooton, Isle of Wight

Inilah area kawasan Minah Kiwi tinggal.. nama beliau Wooton..


Dekat sini la ada Tesco.. tempat Minah Kiwi selalu shopping

Kat tempat Minah Kiwi tinggal ada la jugak laut.. tempat orang main kapal layar kaedahnya.. petang2 Minah Kiwi rajin jalan2 kat pantai iteww


Laut yang berhampiran dengan rumah Minah Kiwi

Pas balik dari makan.. weollss pun balik la ke rumah,... on the way balik tue..semua berehat sebentar kat tepi jalan.... melantak sakan la katakan ...


Tengah berehat lepas makan kat restoran

Pastu Minah Kiwi nampak pondok tepon.. harus Minah Kiwi berlari-lari anak ke pondok telefon tersebut menelepon keluarga tercinta di tanah air

Pondok telefon yang dikatakan iteww


Raya Ke Dua

Hari nie dah hari raya ke dua..bersamaan hari Isnin.. 21 September 2009. Minah Kiwi dan kengkawan yang sama .. kengkawan yang memboringkan iteww..sekali lagi keluar ke pekan untuk makan besar.. maklong la.. mood raya masih ada lagi.

So hari raya ke dua nie.. kitaorang decided nak ke pekan..and makan, shopping and nak jalan2 kat park kaedahnya.. wah..macam2 aktivity la plak hari raya ke 2 nie ..

Pagi2 lagi weolss.. kuar ke pekan.. breakfast pula kat pekan..Minah Kiwi makan dekat Cafe Morrison.. Minah Kiwi ordered Full English Breakfast..




Menu pagi raya ke 2....

Pas makan jer.. Minah Kiwi dan kengkawan bershopping sakan di Mark and Spenser ... bukan Spender taww.. sentap Minah Kiwi..kalau uolllss salah sebut




Mark and Spender yang dikatakan iteww

Harus la Minah Kiwi dan kengkawan shopping sakan kat Mark and Spenser iteww..siap ada sale kaedahnya.. Tweety..kalau u ada..harus u bawa 5 bijik trolly taww.. sale 50% hari tue..

Pas shopping sakan..Minah Kiwi ngan member kancing iteeww lepak dekat taman berdekatan..sambil menghirup udara segar kaedahnya,,.. ini la taman yang kitaorng lepak..cantik la jugak..




Harap maaf..nama Taman tersebut tak dapat di kenal pasti

Pas lepak2 di park tersebut...Minah Kiwi dan kengkawan berjalan ke bus stop berhampiran. Tetiba ada satu accident berlaku depan mata weollss. Sebuah bas merempuh kedai nombor ekor. MasyAllah.. apa la jadi kat orang dalam kedai tersebut.. Minah Kiwi pun tak tahu

Betul la apa yang tersirat dalam Al-Quran.. berjudi itu adalah haram di sisi agama. Dan Allah s.w.t tunjukkan depan mata kita semua kenapa berjudi itu adalah haram bagi kita sebagai umat islam.


Kejadian kemalang yang berlaku pada raya ke -2

Sampai jer kat rumah.. maka weollss balik ke bilik masing2 dan terus landing ke katil masing2.. penat sakan beraya hari nie (raya sangat ke??)




Masa untuk tidor ... tutup suis .. tarik selimut.. pejam mata!!! esok nak kerja !!

Note: so.. camna..seronok ke uollss beraya kat perantauan?? harus uollss melalak dan menangis di pagi raya kan??

PS: Entry ini juga menandakan entry terakhir Minah Kiwi .. (teringat untuk bersara dari dunia blogging) .. nice to know uollss. Harap maju jaya buat semua kawan bloggers Minah Kiwi


Selamat Malam Uollsss