Tuesday, July 31, 2012

Mohon Padanya Sujud Padanya

Mohon Padanya Sujud Padanya - Al Jawaher





Duhai insan yang mulia
Ingatlah kepada-Nya
Yang telah memberimu
Nikmat di dunia

Apakah engkau sedar
Pemberian-Nya itu
Penuh mengandung makna
Tidak terkira

Andainya kau mengerti
Bersyukurlah kau sayang
Kerana hidup ini sekelip mata
Berubahlah semuanya seperti kehendak-Nya
Cuma amalan soleh
Melindungimu

Chorus:
Ingatlah rakan ingatlah sayang
Kudratnya Tuhan
Maha Segala
Sucikanlah jiwamu dengan amal & taqwa
Tanpa rasa curiga
Kepada-Nya jua

(2x)
Tuhan Pengasih
Tuhan Penyayang
Mohonlah kepada-Nya
Sujud Pada-Nya

Friday, July 20, 2012

Ramadan

Ramadan - El Surraya


Ramadhan bulan yang suci
Rahmat berlimpah dari Ilahi
Banyakkan amal di bulan ini
Wajah Muslimin selalu berseri



Pintu syurga Tuhan bukakan
Pintu neraka Ia tutupkan
Dirantai hina segala syaitan
Ikhlas ibadat kepada Tuhan

Di bulan ini nuzulnya Quran
Lailatul qadar harus dicari
Amal mulia seribu bulan
Jangan lalaikan setiap diri

Hikmah puasa alangkah indahnya
Ingatlah nasib umat sengsara
Zakat fitrah tunaikan segera
Bersihlah diri orang berpuasa

Ramadhan bulan yang suci
Rahmat berlimpah dari Ilahi
Banyakkan amal di bulan ini
Wajah Muslimin selalu berseri

Monday, July 16, 2012

Tiada Yang Kekal Melainkan Allah

Tiada Yang Kekal Melainkan Allah - Hidayah




Kecantikkan paras wajahmu 
Akan hilang bila sampai waktu 
Dari itu jangan rasa bangga 
Itu semua tak tahan lama 
Melainkan Allah

Hari ini hidupmu senang 
Kawan saudara keliling pinggang 
Bila kau susah diri terlantar 
Tiada siapa untuk kau mengadu 
Melainkan Allah

[ Tiada Yang Kekal Melainkan Allah lyrics found on http://lyrics.my ] 
( korus ) 
Ingatlah semua insan insani 
Kita makhluk ciptaan Illahi 
Harus selalu menginsaf diri 
Sebelum tiba saat ajali

Apa juga yang kau miliki 
Wang yang banyak harta melimpah 
Tak mungkin dapat kau bawa mati 
Tiada yang kekal didunia ini 
Melainkan Allah



p/s: Lagu ni khas buat kawan2 Minah Kiwi.. rina, encik tue ngan tbom sempena nak menyambut bulan puasa tak lama lagi..selamat menyambut bulan puasa untuk uollss semua dari Minah Kiwi