Wednesday, September 7, 2016

Blogging.. adakah masih lagi relevan di zaman sekarang ni

Salam Uolls Semua



Kali terakhir MK menulis di dalam blogger ini pada 14 Nov 2012.. itulah saat terakhir Minah Kiwi menulis. Tapi bukan menulis sangat hanya tempek lagu dan lirik sahaja

Beberapa hari lepas Minah Kiwi buat blog walk .. yang sebelum ini Minah Kiwi pernah buat pada tahun 2009 sehingga tahun 2012. Di zaman itu blogging amat famous sehingga boleh berkenalan dengan blogger yang baru dan menambah kenalan di dalam Malaysia mahupun di luar negara

Banyak blog blog yang Minah Kiwi lawati yang kebanyakannya sudah lama ketinggalan ataupun dalam bahasa blog " Bersawang" di sebabkan mungkin tuan punya blog amat sibuk dengan tugas harian mahupun issu peribadi yang menyebabkan mereka meninggalkan blog

Tapi adakah di zaman sekarang tahun 2016 di mana semua orang sibuk dengan update update yang mudah di capai di handphone canggih mereka .. berbanding dengan blog .. kita harus membuka PC atau laptop untuk membaca update tersebut and kadang kadang blog tersebut amat berat untuk di buka di mobile phone.. jadi .. blog blog ini di ketinggalan

Sekarang ini semua update dapat di lihat di media sosial  seperti dibawah..dengan sekali klik.. semua update dapat di lihat dengan pantas..

Adakah di sebabkan ini...blog blog sudah di tinggalkan



 


Facebook
 
 Instagram
Twitter


Whatassp


Wechat


Jadi kemana perginya semua kawan kawan blogger Minah Kiwi sewaktu tahun 2009...adakah mereka sudah tidak endah dengan blog mereka ataupun mereka sudah merasakan berblogging ini adalah ketinggalan zaman

Jika kawan kawan Minah Kiwi yang pernah sewaktu ketika dulu pernah membaca blog Minah Kiwi mahupun pernah terkomen di blog Minah Kiwi.. harap nya dapat lah kawan kawan semua meninggalkan jejak di blog Minah Kiwi.. 


Sehingga Ketemua Lagi...sesungguhnya Minah Kiwi masih lagi di sini untuk aktive dalam dunia blogging

Salam 

Minah Kiwi


18 comments:

Unknown said...

Biasanya bila dah busy diorang terpaksa tinggalkan blog. Bila dah lama sgt tinggal susah nak dpt mood semula.

Blog still releven kalau content dlm tu sesuatu yg orang ramai cari. Sampai bila2 pun akan benefit kepada org ramai slagi google tak buang entri tu.

Selamat berblogging semula. :)

Tedi@interpretZZ said...

itu semuanya mikro blog yang memudahkan pengguna berblogging secara ringkas.

Tedi juga ambil masa yang lama untuk update blog kerana Tedi akan blog sesuatu yang Tedi rasa nak simpan untuk bacaan masa depan.

Eyqa Zaque said...

Yup, blog still relevan in many ways sbnrnya. Dari benefits other, gathering resources semua ada. :D

Nor Azimah Ali said...

Assalam, MK tinggal link kat blog saya, ekceli saya berblog pun sekadar berkongsi cerita je, nothing serius, but still seronok dpt kenal kwn2 alamaya.

ELD SUKASIH said...

Assalamualaikum
Pada pendapatsaya blog masih lagi releven cuma terpaksa bersaing dengan app lain yg sewaktu dengannya yang lebih mudah .

Sii Nurul said...

done follow :)

Unknown said...

Biasanya blog masakan mmg selalu dirujuk oleh rakan2 akak sesibuk mana pun mesti nk update blog jugak

Hsna Rahman said...

In my opinion blog masih lagi releven even berlambak dah skrg ni laman2 sosial lain..

Cik Renex said...

Masih relevan lagi. Jom kita menulis blog lagi. ☺

Cik Renex said...

Masih relevan lagi. Jom kita menulis blog lagi. ☺

Minah Kiwi said...

Thanks cik Renex.. you alls punya comments membuat Minah Kiwi start berblogging balik

OKje said...

Dah lama tinggalkan blog rupanya ....
Bagi org yg dah lama berblogging mungkin mereka merasakan blog ni ketinggalan zaman tp bagi hakak yg baru menceburkan diri dlm blog ni.....tak delah rasa mcm tu MK

Mummydearie said...

Oh, dah lama rupanya MK dalam dunia blog ni ya! Saya ni pun baru lagi. Start berblogging sejak 2013. Masa tu pun dah tepu sangat dunia blog ni ^_^

Tapi yang buat seronoknya bila dapat tambah kenalan di alam maya. Mesranya tu bukan main. Macam BFF sudahnya walaupun tak pernah bersua muka di alam nyata.

Adatlah tukan MK. Bila sibuk dengan urusan di alam nyata, blog adakalanya perlu ditinggalkan bersawang. Ramai juga kenalan saya ketika mula berblogging sekarang ni dah senyap. Sibuk dengan urusan masing-masing agaknya...

Minah Kiwi said...

Hi Hainom OK Je
Sudah lama jugak Minah Kiwi @ MK tinggalkan blog mungkin di sebabkan kesibukan..tapi Insyallah berkat support uollss semua.. Minah Kiwi akan kembali ke dunia blog

Minah Kiwi said...

Dear MummyDears

Yer.. Minah Kiwi sudah lama berblogging ever since Minah Kiwi pernah menetap di United Kingdom dahulu sehingga sejak tahun 2009 dan kembali ke Malaysia tahun 2011. Tahun 2012 Minah Kiwi sudah busy dan terpaksa meninggalkan dunia blogging

Dulu waktu berblogging ramai kenalan Minah Kiwi kenal even kita tak pernah bertemu kerana jarak yang membezakan.. sekarang ni ramai yang dah tinggalkan dunia blog

Kita yang ada disini akan kembali akan hidupkan dunia blogging

Jueliza Jamani said...

releven lagi pada zaman skrg yang hanya di hujung jari anda. salam kenal..

Minah Kiwi said...

salam kenal cik Jueliza..

Fatin said...

Blogging ni consuming time sebenarnya. Sekarang dengan IG bleh share dgn lg cepat. Tapi apa pun blog masih relevan utk cari info2 contohnya itinerary percutian, yg xleh explain kat IG tau twitter