Saturday, May 23, 2009

Tetiba Teringat Pada Seseorang

Salam uollsss

Sudah beberapa hari Minah tak menghupdate blog Minah Kiwi ini. Ok la.. Minah hari nie nak bercerita tentang seseorang yang telah meninggalkan Minah.

Mungkin kita semua telah melalui saat-saat ditinggalkan oleh seseorang yang kita sayangi dan kita suka didampingi kaedahnya.

Baru-baru ini...kawan baik Minah Kiwi telah berpindah ke tempat kerja lain katanyer. Rasa sayu Minah Kiwi apabila teringatkan beliau pabila beliau tidak ada disisi kami semua..

Teringat plak gurau senda beliau, ketawa beliau, dan segala kenangan manis bersama beliau.. Nama dia terpaksa Minah Kiwi rahsiakan kerana takut menjadi kontroversi media masa.

Kat bawah ini ada sedikit sebanyak gambar kawan Minah Kiwi ini untuk dijadikan tatapan uollss semua..

Minah Kiwi rindukannya...

Minah Kiwi rindu padamu.... !! kembalilah sahabatku !!

Tetiba Minah Kiwi menyanyikan lagu Avril Lavigne yang hot tue.. "When You're Gone"... Minah Kiwi mentranslatekan dalam Bahasa Melayu kaedahnya..


When You're Gone
(Bila Kau dah Berambos)
Avril Lavigne

Minah selalu memerlukan masa bersendirian
Minah tak pernah terfikir yang Minah memerlukan kamu bila Minah Teriak
Dan satu hari tue Minah rasa macam berpurnama lamanya.
Dan katil yang selalu ko bersarang teringat dalam ingatan Minah

Bila kau berjalan meninggalkan Minah..sempat Minah bilang berapa tapak kaki ko
Tak faham lagi-lagi ke betapa Minah memerlukan ko sekarang nie sebab Minah takde duit

(chorus)
Bila Kau dah berambus
Hati Minah nie berpecah menjadi pecahan kaca
Bila Kau dah berambus
Muka kau yang berserabai tue menjadi mimpi ngeri Minah

Bila kau dah berambus
Kata-kata kesat kau selalu ada dalam ingatan Minah
Hari itu yang Minah ingat
Minah rindu bangat sama ko

Minah tak pernah rasa sebegini sebelum ini
Apa-apa aja Minah buat mengingatkan ko yang sajer
Dan baju singlet kau yang koyak rabak .. berselerak atas lantai
Dan bau baju singlet yang bau macam belacan .. memang minah tak tahan

Bila kau berjalan meninggalkan Minah..sempat Minah bilang berapa tapak kaki ko
Tak faham lagi-lagi ke betapa Minah memerlukan ko sekarang nie sebab Minah takde duit

(chorus)
Bila Kau dah berambus
Hati Minah nie berpecah menjadi pecahan kaca
Bila Kau dah berambus
Muka kau yang berserabai tue menjadi mimpi ngeri Minah

Bila kau dah berambus
Kata-kata kesat kau selalu ada dalam ingatan Minah
Hari itu yang Minah ingat
Minah rindu bangat sama ko

Kita telah ditakdirkan selama-lamanya
Selama-lamanya ok!!
Minah dah tahu pun..sajer jer buat tak tahu..



SELAMAT BERHARI MINGGU



No comments: