Thursday, February 23, 2012

Minah Kiwi Berjalan2 Ke Pekan Hari Ni

Salam Semua


Lama Minah Kiwi x update blog Minah Kiwi nie..dah macam sarang biawak jer blog Minah Kiwi nie


Niway.. Uollss sihat ke? Harus la uollss sihat..kalau x sihat x de la uolls
menjulingkan mata membaca blog Minah Kiwi nie


By the way.. last week Minah Kiwi berjalan2 ke pekan..hari weekend giteww. Nak mengusha baju di pekan katanya..waktu berjalan-jalan tu terserempak plak dengan kawan Minah Kiwi yang telah lama Minah Kiwi tinggalkan

Wah..perasaan hiba dan menghayat hati telah melanda perasaan weeollss giteww...sukar untuk Minah Kiwi menggambar perasaan Minah Kiwi kepada uollss semua


Perasaan sayu weolllss ketika berjumpa di Pekan


Pas weollss berjumpa..harus la sessi bergambar di Pekan. Harus weeolls tangkap gambar. Minah Kiwi bergambar ngan geng rapat Minah Kiwi..dah besor bibir dia..lama benor Minah Kiwi x jumpa ngan dia

Harus Minah Kiwi mengambil gambar dengan beliau

Lepas puas bergambar dengan Kawan Minah Kiwi yang berbibir lebor nie.. Minah Kiwi sempat posing maut dengan orang2 yang berjalan jalan dekat pekan iteww.. nk berkenang kenangan katanya


Saat-saat kenangan manis Minah Kiwi dengan orang2 di pekan itew

Begitula Uollss....kemana Minah Kiwi pergi ..harus snap picture dengan theyolss gitew.Pas itew Minah Kiwi pun teruskan perjalanan ke Butik baju yang Minah Kiwi nk tengok tu..sampai jer dalam butik baju tu.. Minah Kiwi terserempak dengan dua orang budak ni..tengah bercinta cintun katanya..

Amboi.. nk bercinta ke..mengurat ke .. x de la lam Butik Baju.. mengganggu ketenteraman Minah Kiwi bershopping kaedahnya.. sungguh tidak selesa Minah Kiwi dengan kelibat theyollss yang tengah bercinta monyet dalam Butik Baju


Hai cik adik.. comel nampak..boleh bagi no phone!!

Sungguh annoying bagi Minah Kiwi kerana menganggu Minah Kiwi bershopping gitew.. Tak mengapa la uolllss..Minah Kiwi x amik port langsung uollss. Minah Kiwi teruskan usaha bershopping di Butik tersebut.. wah bershopping sakan Uollss

Sampai jer dapat billsss...terlopong mulut Minah Kiwi tengok bill yang Minah Kiwi kenabayar. Dunia..what have u done to me????


Hah.. kenapa mahal sangat nie???

Tak sanggup Minah Kiwi nk tengok bill tersebut..lepas bayar Minah Kiwi terus ke supermarket.. nak beli barang dapur sedikit. Nak masak untuk makan malam katanya.. giteww




Ketika di pasar

Pas beli barang..Minah Kiwi terus balik umah kaedahnya. Penat uollss sesudah sampai di rumah. Terus Minah Kiwi ke dapur untuk memasak.

Tengah Minah Kiwi masak.. jiran sebelah datang menjenguk. Nak datang makan kat umah Minah Kiwi la tu..memang muka tak malu langsung jiran Minah Kiwi iteww!!!


Assalamualaikum..ada orang tak? saya nak tumpang makan !!!

Ok la uollss.. Minah Kiwi nk sambung memasak. Nanti tak siap plak
makan malam nanti



Tengah sibuk memasak

Uollss masak apa malam nie??

Selamat Makan Malam